Tuesday, May 8, 2012


      Tajuk kajian : Produk Tempatan Makanan, Kacang Putih S.R. di Buntong, Perak.



























Senarai Kandungan





Isi Kandungan
Halaman
Penghargaan

Objektif Kajian

Kaedah kajian

Hasil kajian

Rumusan

Lampiran

Rujukan


















 




                                Penghargaan

   Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua, Puan Chan Nyook Ying yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian saya. Ribuan terima kasih kepada En.Lee Kok Seng, guru Sejarah yang telah membimbing dan memberi keyakinan kepada saya bagi menjayakan kajian ini.

    Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya, En,Sundar dan Pn.Sureswathi yang telah membimbing dan memberi sokongan moral kepada saya untuk melaksanakan kajian saya.

   Tidak ketinggalan, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Perniagaan Kacang Putih S.R Ipoh, C.Ratnasami Nadar kerana memberi kebenaran kepada saya untuk membuat kajian di kilang Kacang Putih yang terletak di Buntong, Ipoh,Perak.

  Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan – rakan saya iaitu Gamini A/P Kathiresan dan Ilamathi A/P Suppiah yang telah membantu saya sepanjang melaksanakan kajian ini.







        



      





 




                           Objektif kajian

   Saya memilih kategori makanan sebagai kajian produk tempatan yang terdapat di negara kita. Tajuk kajian saya merupakan perniagaan Kacang Putih S.R di Buntong, Ipoh, Perak.

   Saya memperoleh pelbagai pengalaman daripada kajian yang telah saya laksanakan. Selain itu, saya mengambil iktibar supaya menyokong produk tempatan yang menjadi kebanggaan kita. Perniagaan Kacang Putih menyediakaan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan dan pekerja luar negara seperti Bangladesh, India, Indonesia dan sebagainya.

   Akhir sekali, saya telah mempelajari cara – cara berniaga dengan bijaksana dan adil serta berwawasan tinggi.  





























                 Hasil kajian

1.      Maklumat Asas Produk Tempatan



     Nama produk yang saya pilih ialah Kacang Putih. Kacang Putih merupakan makanan tradisional kaum India yang kini digemari oleh semua kaum. Antara pengusaha yang menjalankan perniagaan ini ialah En.C.Ratnasami Nadar, En,Thanggaraja dan En.Rajan. En.Thanggaraja dan En.Rajan merupakan pengusaha yang menjalankan perniagaan secara sendirian. En.C.Ratnasami Nadar  merupakan seorang pengusaha yang memiliki sebuah kilang pemprosesan Kacang Putih di Silibin dan sebuah kedai di Buntong.



2.      Latar Belakang



    Perniagaan Kacang Putih telah wujud di negara kita pada lewat 1940an. Pada mulanya, enam buah keluarga telah berhijrah dari India Selatan. Ia bermula secara menjaja dan kini telah wujudnya kedai – kedai yang menjual dan  membungkus Kacang Putih. Perniagaan Kacang Putih ini dilakukan secara turun temurun. Menurut En.C.Ratnasami Nadar, penduduk perkampungan Kacang Putih itu berasal dari kaki Gunung Cheroh, Ipoh, Perak. Khabarnya berlaku satu kejadian batu kapur runtuh pada tahun 70-an menyebabkan mereka kehilangan ramai ahli keluarga dan akhirnya ditempatkan di penempatan baur di Buntong sehingga sekarang.



   Selain itu, melalui borang soal selidik En.C.Ratnasami Nadar mengatakan bahawa punca modal untuk menjalankan perniagaan ini ialah pinjaman dari bank manakala jumlah modal pada tahun 1976 ialah RM3000. Beliau juga mendapat lessen serta sijil kebenaran untuk menjalankan perniagaan ini. Tujuan menjual Kacang Putih ialah mengekalkan tradisi kaum India di Malaysia.



3.      Kaedah / Cara Penghasilan



Terdapat 31 orang pekerja bekerja di kedai Kacang Putih. Antara pekerja yang bekerja di sini ialah dari negara Bangladesh, Indonesia dan India. Antara bahan – bahan yang digunakan untuk menghasilkan Kacang Putih ialah minyak, tepung kacang, rempah – ratus, serbuk kunyit dan sebagainya. Mereka menggunakan mesin mengisar dan kuali serta mesin pembungkus untuk memasak dan membungkus Kacang Putih. Spesifikasi produk untuk sehari ialah 2000kg.





4.      Perkembangan Produk



Rangkaian perniagaan Kacang Putih ialah sangat besar. Kemajuan yang diperoleh daripada perniagaan ini ialah 20%. En.C.Ratnasami Nadar ingin membuka kedai yang lebih besar pada masa yang akan datang. Lambang setempat yang digunakan ialah S.R. yang boleh kita dapat daripada beg plastik. Cabaran dan masalah yang dihadapi oleh beliau ialah kekurangan pekerja semasa memulakan perniagaan.













 

 

        









































Amah: Tidak munasabah

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN dan KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my


NAJIB Tun Abdul Razak bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri majlis Mesra Bersama Rakyat di Kampung Kacang Putih, Buntung, Ipoh, semalam. Hadir sama, Zambry Abd Kadir. – BERNAMA



IPOH 17 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan seorang pegawai buruh Indonesia mengenai konsep satu amah, satu kerja dengan gaji minimum RM700 sebagai sesuatu yang tidak munasabah.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, Malaysia tidak akan berganjak daripada ketetapan yang sudah dipersetujui dengan Indonesia berhubung penghantaran semula amah dari republik itu ke negara ini yang dijadualkan bermula bulan depan.

Menurut beliau, Indonesia seharusnya kembali kepada persefahaman yang sudah dicapai antara beliau dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebelum ini.

"Pada masa itu, semua syaratnya telah dibincangkan dan kedua-dua menteri juga berpuas hati dengan persefahaman yang dicapai.

"Tidak ada apa-apa pun yang dibangkitkan ketika itu. Jadi saya pun rasa hairan kenapa pada saat ini, setelah ditandatangani persefahaman tersebut, dia (Indonesia) bangkit macam-macam perkara," katanya selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa II di sini hari ini.

Najib kemudian menghadiri majlis Mesra Bersama Rakyat di Kampung Kacang Putih, Buntong di sini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman mengenai ketetapan supaya amah dari Indonesia melakukan hanya satu tugas khusus di rumah majikan dengan gaji minimum RM700.

Dengan ketetapan itu, Reyna berkata, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya hanya mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

Reyna turut memberitahu, majikan yang memerlukan khidmat amah pada hari cuti rehat juga diwajibkan membayar gaji lebih masa sebanyak RM27 sehari atau RM108 sebulan jika bekerja tanpa cuti.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mencari jalan penyelesaian melalui saluran diplomatik bagi menangani segala perkara berbangkit berhubung isu tersebut.

"Kita akan cari jalan penyelesaian tetapi saya terkejut selepas dua pemimpin tertinggi sudah bersetuju, perkara ini boleh berlaku," katanya.

Indonesia pada 26 Jun 2009 membuat keputusan membekukan sementara penghantaran pembantu rumah selepas beberapa kes penderaan dan penganiayaan ke atas amah negara itu terjadi di Malaysia.

Bagaimanapun, pembekuan itu ditarik balik selepas Najib dan Susilo mencapai kata sepakat berhubung perkara itu ketika pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat dan Bali pada Oktober dan November tahun lalu.













Article

Plant regeneration from meristems of grain legumes: soybean, cowpea, peanut, chickpea, and bean

K. K. Kartha, K. Pahl, N. L. Leung, L. A. Mroginski



Canadian Journal of Botany, 1981, 59(9): 1671-1679, 10.1139/b81-225

Abstract

The regeneration potential of shoot apical meristems of soybean, cowpea, peanut, chickpea, and bean was studied on agar-solidified MS nutrient medium supplemented with various concentrations of benzyladenine (BA) and napthaleneacetic acid (NAA) alone or in combination. Soybean plantlets could be regenerated only when 0.05–0.1 μM BA was applied in conjunction with 1 μM NAA. Cowpea meristems did not require exogenously supplied hormones for maximum (100%) plant regeneration to occur. Extremely low levels of BA (0.1–0.005 μM) in association with low levels of NAA (0.05 μM) also induced plant regeneration at very high frequency. Similarly, bean meristems differentiated into plantlets on hormone-free medium or on medium containing only the auxin, NAA. Multiple bud regeneration (15–30 buds per meristem) was induced from bean meristems at high cytokinin levels (10 μM BA). Elongated bean shoots differentiated roots on half-strength MS medium containing 1 μM indoleacetic acid (IAA). Although most combinations of BA or BA and NAA induced shoot regeneration from peanut and chickpea meristems, whole plant regeneration occurred more frequently (75%) from the former only when 0.1 μM BA was applied in combination with 10 μM NAA. Multiple axillary branching occurred from the main shoots regenerated from chickpea meristems; however, rooting occurred only when these shoots were recultured on medium containing 1 μM indolebutyric acid (IBA). Plantlets regenerated from the meristems of all these grain legumes were successfully transferred to pots and grown to maturity






















                                                    Kaedah kajian

  Semasa menjalankan kajian,saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam proses mendapatkan Maklumat. Antaranya termasuklah melalui keadah temu ramah. Saya telah mengadakan beberapa sesi temu ramah dengan pengusaha kedai Kacang Putih iaitu, En.C.Ratnasami Nadar.

      Semasa sesi temu ramah, saya telah mengemukakan beberapa soalan tentang latar belakang yang telah saya sediakan. Saya telah merakamkan sesi temu ramah dengan menggunakan pita rakaman. Kemudian, saya mencatat butir – butir penting yang telah dirakamkan. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian kedai Kacang Putih dan mencatatkan perkara – perkara penting mengenai makanan. Saya juga menggunakan kaedah internet untuk melayari internet tentang Kacang Putih.

       































Borang Soal Selidik

Nama pengusaha : En.C.Ratnasami Nadar

Umur : 65 tahun

Lokasi : Buntong, Perak

Bilangan tenaga pekerja : 31 orang

Bilakah perniagaan ini dimulakan ?: Perniagaan ini dimulakan pada tahun 1976 dan kilang dibuka secara rasmi pada tahun 1990.

Jumlah modal : RM3000 pada tahun 1976.

Punca modal (kilang) : Pinjaman dari bank

Cabaran yang dihadapi : Kekurangan pekerja untuk menjalankan perniagaan.

Mesin yang digunakan :

·         Mesin pengisar

·         Kuali

·         Mesin pembungkus

Bahan yang digunakan :

·         Kunyit

·         Rempah – ratus

·         Garam

·         Tepung Kacang

·         Minyak

Tempoh penyediaan Kacang Putih : Lebih kurang 2 – 3 jam

Eksport ke : New Zealand, Australia, China, Laos, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Import dari : Mumbai, India.

Spesifikasi produk : 2000kg untuk sehari.

Cadangan pada masa hadapan : Menbuka kedai yang lebih besar

Harapan : Mengekalkan cita rasa tradisional Kacang Putih.

Lampiran

Gambar – gambar Kacang Putih di Buntong.

                      

                      

                         
                     





 
Rumusan 


Saya amat bersyukur kerana dapat melaksanakan kajian ini. Melalui kajian ini, saya dapat mempelajari cara – cara memproses Kacang Putih. Saya juga dapat mempelajari cara – cara berniaga secara bijaksana dan adil. Di samping itu, produk Kacang Putih dapat memupuk nilai perpaduan sesama berbilang kaum yang terdapat di Malaysia.

    Selain daripada itu, saya dapat mengenali Sejarah Kacang Putih dengan lebih teliti yang bertapak di negara kita pada lewat tahun 1940an. Saya mendapat info yang selanjut tentang Kacang Putih melalui pelbagai sumber seperti video , akhbar, buku dan juga internet. Tanpa kemudahan sebegini, tentu saya tidak dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah pada tempoh yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
   
    Akhir sekali, saya berharap semoga keunikan Kacang Putih dapat dikekalkan di negara kita. Hal ini demikian, kelazatan Kacang Putih perlulah dinikmati oleh generasi kelak.                                                        


Tugasan 2
         Dasawarsa ini, negara Malaysia telah maju dari segi perindustrian, pendidikan dan kesukanan. Namun demikian, untuk menjamin kestabilam ekonomi, rakyat Malaysia harus menyokong barangan buatan Malaysia. Hal ini demikian, barangan buatan Malaysia lebih murah dan berkualiti berbanding dengan barangan import dari luar negara.
       Rakyat Malaysia harus mengutamakan barangan buatan Malaysia demi menunjukkan semangat cinta akan negara. Selain itu, rakyat dapat menyuburkan semangat patriotism yang mendalam. Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia dapat juga membantu perkembangan industri setempat. Sambutan yang diberikan terhadap sesuatu barangan tempatan akan memungkinkan syarikat tersebut meluaskan pasarannya sehingga ke luar negeri.
      Di samping itu, rakyat harus membeli barangan buatan Malaysia dan mereka mesti berbangga akan barangan sendiri. Hal ini demikian, barangan buatan Malaysia lebih murah dan membolehkan rakyat menabung wang demi pada masa hadapan anak seta diri mereka sendiri. Semua golongan rakyat dapat menikmati barangan buatan Malaysia. Jika bajet sesebuah keluarga tidak mencukupi menampung perbelanjaan makanan mereka, sudah tentu mereka akan diserang oleh pelbagai jenis penyakit.
          Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia harus berkeyakinan akan kualiti barangan Malaysia yang standing dengan barangan import. Hal ini kerana, harga barangan import sekarang secara relatif menjadi lebih mahal daripada harganya dahulu. Keadaan tersebut sudah tentu meningkatkan perbelanjaan harian rakyat Malaysia.
   Selain daripada itu, media massa harus memainkan peranan yang penting untuk mempromosikan slogan “Belilah Barangan Buatan Malaysia”. Ramai dalam kalangan kita gemar untuk menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan mendengar radio. Jadi pesanan yang disampaikan juga dapat didengari oleh mereka.
  Kesimpulannya, berikan kerjasama terhadap kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan bagi mengurangkan kesan kegawatan ekonomi yang melanda negara. Barangan buatan Malaysia kebanggaan kita bersama.

Internet :


 








No comments:

Post a Comment