Wednesday, May 16, 2012
THE RAILWAY CHILDREN
MORAL VALUES
- To be responsible - responsible for their action of stealing the coal - Peter
admitted that it was him who stole the coal, but the rest of the siblings also
came out and wanted to be responsible too for that act .
Bobbie was also responsible when they first arrived at the white house, she went to find some coal and lit the fire..
2. to be benevolent & generous - the old gentleman was quite generous when he donates food and medicine to the family whom he barely knew...
3. To show our appreciation - by giving gold watch to the kids for saving the passengers on the train
4. To be truthful - eg when they steal the coal
Tuesday, May 8, 2012
sejarah folio
Senarai
Kandungan
Isi Kandungan
| <><>
>
Halaman
| <><>
>
Penghargaan
| <><>
>
| <><>
>
Objektif Kajian
| <><>
>
| <><>
>
Kaedah kajian
| <><>
>
| <><>
>
Hasil kajian
| <><>
>
| <><>
>
Rumusan
| <><>
>
| <><>
>
Lampiran
| <><>
>
| <><>
>
Rujukan
| <><>
>
| <><>
>
Penghargaan
Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan
sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan
Pengetua, Puan Chan Nyook Ying yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk
menjalankan kajian saya. Ribuan terima kasih kepada En.Lee Kok Seng, guru
Sejarah yang telah membimbing dan memberi keyakinan kepada saya bagi menjayakan
kajian ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya,
En,Sundar dan Pn.Sureswathi yang telah membimbing dan memberi sokongan moral
kepada saya untuk melaksanakan kajian saya.
Tidak ketinggalan, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Pengarah Perniagaan Kacang Putih S.R Ipoh, C.Ratnasami Nadar kerana
memberi kebenaran kepada saya untuk membuat kajian di kilang Kacang Putih yang
terletak di Buntong, Ipoh,Perak.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan –
rakan saya iaitu Gamini A/P Kathiresan dan Ilamathi A/P Suppiah yang telah
membantu saya sepanjang melaksanakan kajian ini.
Objektif
kajian
Saya memilih
kategori makanan sebagai kajian produk tempatan yang terdapat di negara kita. Tajuk
kajian saya merupakan perniagaan Kacang Putih S.R di Buntong, Ipoh, Perak.
Saya memperoleh pelbagai pengalaman daripada
kajian yang telah saya laksanakan. Selain itu, saya mengambil iktibar supaya
menyokong produk tempatan yang menjadi kebanggaan kita. Perniagaan Kacang Putih
menyediakaan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan dan pekerja luar negara
seperti Bangladesh, India, Indonesia dan sebagainya.
Akhir sekali, saya telah mempelajari cara –
cara berniaga dengan bijaksana dan adil serta berwawasan tinggi.
1. Maklumat
Asas Produk Tempatan
Nama produk yang saya pilih ialah Kacang Putih.
Kacang Putih merupakan makanan tradisional kaum India yang kini digemari oleh
semua kaum. Antara pengusaha yang menjalankan perniagaan ini ialah En.C.Ratnasami
Nadar, En,Thanggaraja dan En.Rajan. En.Thanggaraja dan En.Rajan merupakan
pengusaha yang menjalankan perniagaan secara sendirian. En.C.Ratnasami
Nadar merupakan seorang pengusaha yang
memiliki sebuah kilang pemprosesan Kacang Putih di Silibin dan sebuah kedai di
Buntong.
2. Latar
Belakang
Perniagaan Kacang Putih telah wujud di negara
kita pada lewat 1940an. Pada mulanya, enam buah keluarga telah berhijrah dari
India Selatan. Ia bermula secara menjaja dan kini telah wujudnya kedai – kedai yang
menjual dan membungkus Kacang Putih. Perniagaan
Kacang Putih ini dilakukan secara turun temurun. Menurut En.C.Ratnasami Nadar,
penduduk perkampungan Kacang Putih itu berasal dari kaki Gunung Cheroh, Ipoh,
Perak. Khabarnya berlaku satu kejadian batu kapur runtuh pada tahun 70-an
menyebabkan mereka kehilangan ramai ahli keluarga dan akhirnya ditempatkan di
penempatan baur di Buntong sehingga sekarang.
Selain itu, melalui borang soal selidik
En.C.Ratnasami Nadar mengatakan bahawa punca modal untuk menjalankan perniagaan
ini ialah pinjaman dari bank manakala jumlah modal pada tahun 1976 ialah
RM3000. Beliau juga mendapat lessen serta sijil kebenaran untuk menjalankan perniagaan
ini. Tujuan menjual Kacang Putih ialah mengekalkan tradisi kaum India di
Malaysia.
3. Kaedah
/ Cara Penghasilan
Terdapat 31 orang
pekerja bekerja di kedai Kacang Putih. Antara pekerja yang bekerja di sini ialah
dari negara Bangladesh, Indonesia dan India. Antara bahan – bahan yang
digunakan untuk menghasilkan Kacang Putih ialah minyak, tepung kacang, rempah –
ratus, serbuk kunyit dan sebagainya. Mereka menggunakan mesin mengisar dan
kuali serta mesin pembungkus untuk memasak dan membungkus Kacang Putih. Spesifikasi
produk untuk sehari ialah 2000kg.
4.
Perkembangan
Produk
Rangkaian perniagaan Kacang
Putih ialah sangat besar. Kemajuan yang diperoleh daripada perniagaan ini ialah
20%. En.C.Ratnasami Nadar ingin membuka kedai yang lebih besar pada masa yang
akan datang. Lambang setempat yang digunakan ialah S.R. yang boleh kita dapat
daripada beg plastik. Cabaran dan masalah yang dihadapi oleh beliau ialah
kekurangan pekerja semasa memulakan perniagaan.
Amah:
Tidak munasabah
Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN dan KHAIRUL
ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my
utusanperak@utusan.com.my
NAJIB Tun Abdul Razak bersalaman
dengan orang ramai ketika menghadiri majlis Mesra Bersama Rakyat di Kampung
Kacang Putih, Buntung, Ipoh, semalam. Hadir sama, Zambry Abd Kadir. – BERNAMA
IPOH 17 Mac – Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan seorang pegawai buruh Indonesia
mengenai konsep satu amah, satu kerja dengan gaji minimum RM700 sebagai sesuatu
yang tidak munasabah.
Sehubungan itu, beliau menegaskan,
Malaysia tidak akan berganjak daripada ketetapan yang sudah dipersetujui dengan
Indonesia berhubung penghantaran semula amah dari republik itu ke negara ini
yang dijadualkan bermula bulan depan.
Menurut beliau, Indonesia seharusnya
kembali kepada persefahaman yang sudah dicapai antara beliau dengan Presiden
Susilo Bambang Yudhoyono sebelum ini.
"Pada masa itu,
semua syaratnya telah dibincangkan dan kedua-dua menteri juga berpuas hati
dengan persefahaman yang dicapai.
"Tidak ada apa-apa
pun yang dibangkitkan ketika itu. Jadi saya pun rasa hairan kenapa pada saat
ini, setelah ditandatangani persefahaman tersebut, dia (Indonesia) bangkit
macam-macam perkara," katanya selepas merasmikan bangunan baru Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa II di sini hari ini.
Najib kemudian
menghadiri majlis Mesra Bersama Rakyat di Kampung Kacang Putih, Buntong di sini
yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Beliau diminta mengulas
kenyataan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja,
Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman mengenai
ketetapan supaya amah dari Indonesia melakukan hanya satu tugas khusus di rumah
majikan dengan gaji minimum RM700.
Dengan ketetapan itu,
Reyna berkata, seandainya seorang amah diupah untuk mengasuh bayi, tugasnya
hanya mengasuh bayi dan tidak akan melakukan kerja-kerja rumah yang lain.
Reyna turut
memberitahu, majikan yang memerlukan khidmat amah pada hari cuti rehat juga
diwajibkan membayar gaji lebih masa sebanyak RM27 sehari atau RM108 sebulan
jika bekerja tanpa cuti.
Perdana Menteri berkata,
kerajaan akan mencari jalan penyelesaian melalui saluran diplomatik bagi
menangani segala perkara berbangkit berhubung isu tersebut.
"Kita akan cari
jalan penyelesaian tetapi saya terkejut selepas dua pemimpin tertinggi sudah
bersetuju, perkara ini boleh berlaku," katanya.
Indonesia pada 26 Jun
2009 membuat keputusan membekukan sementara penghantaran pembantu rumah selepas
beberapa kes penderaan dan penganiayaan ke atas amah negara itu terjadi di
Malaysia.
Bagaimanapun, pembekuan
itu ditarik balik selepas Najib dan Susilo mencapai kata sepakat berhubung
perkara itu ketika pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat dan Bali pada
Oktober dan November tahun lalu.
Article
Plant regeneration
from meristems of grain legumes: soybean, cowpea, peanut, chickpea, and bean
K. K. Kartha, K. Pahl,
N. L. Leung, L. A. Mroginski
Canadian Journal of
Botany, 1981, 59(9):
1671-1679, 10.1139/b81-225
Abstract
The regeneration potential of shoot apical
meristems of soybean, cowpea, peanut, chickpea, and bean was studied on
agar-solidified MS nutrient medium supplemented with various concentrations of
benzyladenine (BA) and napthaleneacetic acid (NAA) alone or in combination.
Soybean plantlets could be regenerated only when 0.05–0.1 μM BA was
applied in conjunction with 1 μM NAA. Cowpea meristems did not require
exogenously supplied hormones for maximum (100%) plant regeneration to occur.
Extremely low levels of BA (0.1–0.005 μM) in association with low levels
of NAA (0.05 μM) also induced plant regeneration at very high frequency.
Similarly, bean meristems differentiated into plantlets on hormone-free medium
or on medium containing only the auxin, NAA. Multiple bud regeneration (15–30
buds per meristem) was induced from bean meristems at high cytokinin levels (10 μM
BA). Elongated bean shoots differentiated roots on half-strength MS medium
containing 1 μM indoleacetic acid (IAA). Although most combinations of
BA or BA and NAA induced shoot regeneration from peanut and chickpea meristems,
whole plant regeneration occurred more frequently (75%) from the former only
when 0.1 μM BA was applied in combination with 10 μM NAA.
Multiple axillary branching occurred from the main shoots regenerated from
chickpea meristems; however, rooting occurred only when these shoots were
recultured on medium containing 1 μM indolebutyric acid (IBA). Plantlets
regenerated from the meristems of all these grain legumes were successfully
transferred to pots and grown to maturity
Semasa menjalankan
kajian,saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam proses mendapatkan Maklumat.
Antaranya termasuklah melalui keadah temu ramah. Saya telah mengadakan beberapa
sesi temu ramah dengan pengusaha kedai Kacang Putih iaitu, En.C.Ratnasami
Nadar.
Semasa sesi temu ramah, saya telah mengemukakan beberapa soalan tentang
latar belakang yang telah saya sediakan. Saya telah merakamkan sesi temu ramah
dengan menggunakan pita rakaman. Kemudian, saya mencatat butir – butir penting
yang telah dirakamkan. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian kedai Kacang Putih
dan mencatatkan perkara – perkara penting mengenai makanan. Saya juga
menggunakan kaedah internet untuk melayari internet tentang Kacang Putih.
Nama pengusaha : En.C.Ratnasami Nadar
Umur : 65 tahun
Lokasi : Buntong, Perak
Bilangan tenaga pekerja : 31 orang
Bilakah perniagaan ini dimulakan ?: Perniagaan
ini dimulakan pada tahun 1976 dan kilang dibuka secara rasmi pada tahun 1990.
Jumlah modal : RM3000 pada tahun 1976.
Punca modal (kilang) : Pinjaman dari
bank
Cabaran yang dihadapi : Kekurangan
pekerja untuk menjalankan perniagaan.
Mesin yang digunakan :
·
Mesin pengisar
·
Kuali
·
Mesin pembungkus
Bahan yang digunakan :
·
Kunyit
·
Rempah – ratus
·
Garam
·
Tepung Kacang
·
Minyak
Tempoh penyediaan Kacang Putih : Lebih
kurang 2 – 3 jam
Eksport ke : New Zealand, Australia, China,
Laos, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Import dari : Mumbai, India.
Spesifikasi produk : 2000kg untuk
sehari.
Cadangan pada masa hadapan : Menbuka
kedai yang lebih besar
Harapan : Mengekalkan cita rasa
tradisional Kacang Putih.
Lampiran
Gambar – gambar Kacang Putih di Buntong.
Saya amat bersyukur
kerana dapat melaksanakan kajian ini. Melalui kajian ini, saya dapat
mempelajari cara – cara memproses Kacang Putih. Saya juga dapat mempelajari cara
– cara berniaga secara bijaksana dan adil. Di samping itu, produk Kacang Putih
dapat memupuk nilai perpaduan sesama berbilang kaum yang terdapat di Malaysia.
Selain daripada itu, saya dapat mengenali
Sejarah Kacang Putih dengan lebih teliti yang bertapak di negara kita pada
lewat tahun 1940an. Saya mendapat info yang selanjut tentang Kacang Putih
melalui pelbagai sumber seperti video , akhbar, buku dan juga internet. Tanpa
kemudahan sebegini, tentu saya tidak dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah pada
tempoh yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Akhir sekali, saya berharap semoga keunikan
Kacang Putih dapat dikekalkan di negara kita. Hal ini demikian, kelazatan
Kacang Putih perlulah dinikmati oleh generasi kelak.
Tugasan 2
Dasawarsa ini, negara Malaysia telah
maju dari segi perindustrian, pendidikan dan kesukanan. Namun demikian, untuk
menjamin kestabilam ekonomi, rakyat Malaysia harus menyokong barangan buatan
Malaysia. Hal ini demikian, barangan buatan Malaysia lebih murah dan berkualiti
berbanding dengan barangan import dari luar negara.
Rakyat Malaysia harus mengutamakan
barangan buatan Malaysia demi menunjukkan semangat cinta akan negara. Selain
itu, rakyat dapat menyuburkan semangat patriotism yang mendalam. Dalam masa
yang sama, rakyat Malaysia dapat juga membantu perkembangan industri setempat.
Sambutan yang diberikan terhadap sesuatu barangan tempatan akan memungkinkan
syarikat tersebut meluaskan pasarannya sehingga ke luar negeri.
Di samping itu, rakyat harus membeli
barangan buatan Malaysia dan mereka mesti berbangga akan barangan sendiri. Hal
ini demikian, barangan buatan Malaysia lebih murah dan membolehkan rakyat
menabung wang demi pada masa hadapan anak seta diri mereka sendiri. Semua golongan
rakyat dapat menikmati barangan buatan Malaysia. Jika bajet sesebuah keluarga
tidak mencukupi menampung perbelanjaan makanan mereka, sudah tentu mereka akan
diserang oleh pelbagai jenis penyakit.
Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia harus
berkeyakinan akan kualiti barangan Malaysia yang standing dengan barangan
import. Hal ini kerana, harga barangan import sekarang secara relatif menjadi
lebih mahal daripada harganya dahulu. Keadaan tersebut sudah tentu meningkatkan
perbelanjaan harian rakyat Malaysia.
Selain daripada itu, media massa harus
memainkan peranan yang penting untuk mempromosikan slogan “Belilah Barangan
Buatan Malaysia”. Ramai dalam kalangan kita gemar untuk menghabiskan masa
dengan menonton televisyen dan mendengar radio. Jadi pesanan yang disampaikan
juga dapat didengari oleh mereka.
Kesimpulannya, berikan kerjasama terhadap
kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan bagi
mengurangkan kesan kegawatan ekonomi yang melanda negara. Barangan buatan
Malaysia kebanggaan kita bersama.
Internet :
Subscribe to:
Posts (Atom)